CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Showing posts with label JENIS KARANGAN TAK BERFORMAT. Show all posts
Showing posts with label JENIS KARANGAN TAK BERFORMAT. Show all posts

Monday, 12 December 2011

Latihan Karangan Peribahasa



Latih Tubi: Sila bina karangan berdasarkan video yang disediakan. 

  1. Tuliskan sebuah karangan berdasarkan peribahasa "Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran".



2. Tuliskan sebuah karangan yang bertajuk " Harapkan pagar, pagar makan padi."
                  

3. " Musang berbulu ayam". Anda diminta membina sebuah karangan berpandukan peribahasa tersebut
3.


       4. " Mendengar guruh di langit, air tempayan dicurahkan". Anda diminta membina sebuah karangan berpandukan peribahasa tersebut.


1-

Contoh karangan Peribahasa (Cerita)


Tuliskan sebuah karangan berdasarkan peribahasa " Gengam Bara Api Biar Sampai Jadi Arang". Panjang karangan anda hendaklah melebihi 350 patah perkataan.

      Peribahasa “Genggam bara api biar sampai jadi arang” bermaksud membuat sesuatu perkara harus bersungguh-sungguh sehingga mencapai kejayaan. Peribahasa tersebut boleh dikaitkan dengan suatu peristiwa yang dialami oleh Cikgu Hanit. Beliau telah dilahirkan di Kampung Sungai Choh, Rawang, Selangor pada tahun 1937. Semasa usianya lapan tahun, bapanya telah meninggal dunia dan seterusnya beliau dibesarkan oleh ibunya bersama-sama dengan lima orang adik-beradik yang lain. Sejak itu, beliau mulai mengerti kesusahan hidup yang terpaksa dipikul bersama abangnya. Beliau bersama abangnya mengerjakan kebun peninggalan arwah ayahnya. Niatnya untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi terkandas disebabkan masalah kewangan yang ditanggung oleh keluarganya.

          Akhimya, dia mengambil keputusan untuk memohon menjadi guru. Ketika itu gaji permulaannya adalah RM50 sahaja. Wang sebanyak RM50 digunakan untuk membantu meringankan beban tanggungan ibunya. Sewaktu berusia 19 tahun, beliau telah bertemu jodoh dan akhimya berkahwin dengan seorang guru bemama Arbibah Abu Bakar. Mereka telah dikumiakan seramai 12 orang anak, tujuh orang lelaki, dan lima orang perempuan. Apabila mengenangkan nasibnya yang tidak berupaya melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi, beliau menanamkan cita-cita untuk memastikan setiap anak-anaknya berjaya dengan cemerlang dalam pelajaran. Beliau cukup prihatin dengan keperluan keluarganya dan sanggup bersusah payah demi menjamin kebahagiaan mereka sekeluarga.

          Cikgu Abu Hanit ini gigih berusaha untuk menambah pendapatan keluarga seperti menjual buah-buahan dan sayur-sayuran yang diperoleh di kebunnya yang seluas seekar di Serendah, Selangor. Selain itu, beliau sering membawa anak-anaknya menjala ikan di sungai bagi menambah sumber makanan seharian. Beliau turut membela ayam dan itik di sekitar rumahnya. Isterinya pula rajin menyediakan kuih-muih untuk jualan. Setiap pagi, sebelum pergi ke sekolah, kuih-muih ini akan dihantar oleh anak-anaknya di gerai-gerai makan. Kehidupannya yang susah menyebabkan beliau berazarn untuk mengubah nasib anak-anaknya. Beliau telah memberikan pelajaran yang sempurna kepada anaknya. Baginya anak-anak adalah amanah Tuhan. Tanggungjawab ibu bapa ialah menyempurnakan kehidupan anak-anak.

        Beliau seorang yang lembut tetapi tegas semasa mendidik anak-anak. Semuanya dididik dengan kasih sayang yang tidak berbelah bagi. Anak-anaknya dididik supaya mempunyai jadual waktu sendiri. Ada masa untuk belajar, masa membuat kerja sekolah, mengulang kaji pelajaran, berjemaah, mengaji, dan bermain. Mereka tahu tanggungjawab masing-masing dan semua ahli keluarga mesti patuh dengan peraturan dan hormat kepada orang yang lebih tua. Beliau menyediakan sebatang rotan untuk menakut-nakutkan anaknya agar tidak leka dengan tanggungjawab sebagai seorang anak. Sekiranya mereka membuat kesalahan di sekolah, beliau akan mengizinkan anak-anak untuk dirotan oleh guru. Beliau berpegang kepada prinsip ‘boleh merotan, tetapi jangan sarnpai mencederakan’.

     Cabaran yang paling utarna ialah kekurangan wang bagi membayar yuran pengajian dan belanja persekolahan. Banyak keperluan seperti buku tarnbahan yang diminta oleh anaknya tidak dapat disediakan. Mereka hanya menggunakan buku-buku abang atau kakak mereka sebagai rujukan. Kejayaan anak-anaknya yang tua sebenarnya banyak memberi dorongan kepada anak-anaknya yang lain. Beliau bukan setakat berjaya membentuk anak-anaknya sehingga berjaya dalarn kerjaya masing- masing malahan beliau turut memberi sumbangan besar kepada masyarakat. Sebagai contoh, dia berjaya membangunkan Kampung Tok Pinang, Serendah. Setelah mengharungi cabaran dalarn kehidupan, beliau kini boleh tersenyum bangga melihat anak-anaknya membesar dan telah berjaya dalam pelbagai bidang.

     Kejayaan anak-anaknya sebenarnya adalah berkat ketabahan, ketekunan, dan pengorbanan yang diberikan selarna ini. Semua anaknya telah berjaya melanjutkan pelajaran ke pusat pengajian tinggi di dalam dan di luar negara. Sekarang mereka berjaya dalam bidang masing-masing di seluruh negara, sarna ada di sektor awarn mahupun di sektor swasta. Anak perempuan sulungnya berusia 46 tahun bekerja sebagai seorang guru dan sedang melanjutkan pelajaran peringkat sarjana di Universiti Malaya, manakala yang bongsu baru sahaja menamatkan pengajian di peringkat sarjana dalam bidang perniagaan. Dua orang lagi anak perempuannya juga sedang melanjutkan pelajaran di peringkat sarjana di Amerika dan England.Sekarang dia boleh mengutip buah dan hasilnya. Rumah besar yang didiami kini adalah basil titik peluhnya dan sumbangan anak-anak.

        Semua anaknya berperibadi mulia dan tabu membalas jasa orang tua. Kini beliau sudah bersara dan tidak perlu lagi memerah keringat, namun masa lapangnya digunakan untuk berkebun di tanah seluas tiga setengah ekar. Pemilihan Cikgu Abu Hanit sebagai ‘Tokoh Bapa Cemerlang’ merupakan kejayaan besar yang dicapainya dalarn mendidik anak-anak. Anak-anaknya kini berjaya menjawat jawatan sebagai peguam, pendakwa raya, ahli perniagaan, pengurus estet, eksekutif bank, dan ahli perniagaan. Dengan itu, pengorbanan beliau menjadi contoh kepada ibu bapa yang lain agar dapat mengetahui rahsia di sebalik kejayaan beliau mendidik anak-anak. Sesungguhnya ‘Anugerah Bapa Cemerlang’ dapat dianggap sebagai dorongan kepada seluruh ibu bapa untuk mengasuh anak-anak mereka menjadi warga yang berguna kepada diri sendiri, keluarga, masyarakat, agama, dan negara. Oleh itu, kejayaan beliau bersesuaian dengan peribahasa “Genggam bara api biar sampai jadi arang”.

Contoh Karangan Peribahasa (Huraian)

Tuliskan sebuah karangan berdasarkan peribahasa “Bersatu Teguh Bercerai Roboh”. Panjang karangan anda hendaklah melebihi 350 patah perkataan.

        “Bersatu teguh bercerai roboh” merupakan satu cogan kata yang dalam maknanya untuk diamalkan oleh manusia sejagat demi mencapai kesejahteraan hidup. Cogan kata ini menggesa seluruh masyarakat bersatu dan berganding bahu dalam melakukan sesuatu pekerjaan atau menyelesaikan sesuatu masalah supaya mereka dapat hidup dalam suasana yang sejahtera, utuh, dan harmoni. Sebaliknya, jika kita bercerai-cerai, berpecah-belah, dan mementingkan diri sendiri, kita akan mengalami huru-hara dan kehancuran.Dalam konteks negara Malaysia yang terdiri daripada rakyat yang berbilang kaum, kita haruslah menghayati peribahasa ini dengan hidup bersatu padu tanpa mengira bangsa, agama, dan adat resam. Untuk mencapai kemajuan nagara, masyarakat harus hidup dalam suasana aman dan damai.

              Semangat bersatu padu boleh disemai dan dipupuk dalam kalangan jiran tetangga melalui semangat kejiranan, khususnya di kawasan bandar yang semangat kejiranannya dikatakan semakin luntur. Kita yang tinggal di kawasan bandar sering berjauhan dengan keluarga dan kaum kerabat. Jadi, jiranlah yang menjadi saudara mara kita yang terdekat. Melalui hubungan sedemikian, masalah-masalah sosial seperti kecurian dan rompakan dapat dikurangkan. “Jiran sepakat membawa berkat” juga dapat diperhatikan melalui suasana kemesraan, tolong-menolong, dan saling menjaga kebajikan sesama mereka. Semangat gotong-royong, iaitu dengan melakukan kerja secara beramai-ramai juga akan mempererat hubungan sosial antara anggota masyarakat dan seterusnya dapat melahirkan perasaan kekitaan dan kesedaran kebangsaan.

         Selain itu, dengan adanya aktiviti bergotong-royong, masa, tenaga, dan perbelanjaan individu, masyarakat, dan negara dapat dijimatkan. Hal ini juga bermakna, sesuatu kerja berat akan menjadi ringan apabila dilakukan bersama, bak kata pepatah “ berat sama dipikul, ringan sama dijinjing”. Dalam bidang pentadbiran, sama ada di sektor swasta atau di sektor kerajaan, semangat bersatu dialam kalangan pekerjanya juga harus dipupuk. Sekiranya semangat ini diabaikan, maka sesebuah organisasi itu tidak akan maju. Hal ini terjadi kerana tidak ada kerjasama antara semua pihak untuk memajukan organisasi tersebut. Jika hanya pihak tertentu sahaja yang bekerja bertungkus lumus, sedangkan pihak yang lain tidak memberi komitmen, maka kejayaan cemerlang tidak akan tercapai. Oleh yang demikian, semangat seperti “aur dengan tebing” perlu dijadikan panduan demi meningkatkan produktiviti sesebuah organisasi.

         Di peringkat nasional, memang tidak dinafikan lagi tentang kepentingan semangat bersatu itu. Misi dan visi yang dirancangkan oleh kerajaan untuk memajukan negara bukan setakat memerlukan kerjasama semua rakyat, malahan kerajaan dan rakyat harus bersatu dan berganding bahu untuk menjayakannya. Usaha-usaha kerajaan untuk meningkatkan kesejahteraan hidup masyarakat tidak akan menjadi realiti, sekiranya tidak ada tindak balas positif daripada rakyat keseluruhannya. Jika segelintir sahaja yang menyahutnya, maka kempen-kempen dan program-program kerajaan seperti inflasi sifar, cintai alam sekitar, budaya membaca, dan lain-lain akan gagal. Tambahan pula, negara sekarang sedang mengalami masalah ekonomi. Oleh sebab itu rakyat harus bersama-sama membantu memulihkan keadaan supaya tidak bertambah teruk. Rakyat dan kerajaan tidak boleh mementingkan diri sendiri kerana masalah yang melanda negara dirasai bersama-sama.

        Oleh hal yang demikian, dapatlah kita katakan bahawa pepatah “bersatu teguh bercerai roboh” amat penting untuk dijadikan teras dalam mencapai kejayaan. Jika masyarakat berpecah-belah dan bercerai-berai, sudah pasti berbagai-bagai masalah negara akan timbul seperti kes jenayah, pengangguran, kemiskinan, rusuhan kaum, dan lain-lain. Sesungguhnya keadaan sosial yang tidak stabil akan membantut usaha kerajaan untuk memajukan negara. Oleh itu, marilah kita beramal dan berpegang teguh dengan peribahasa “bersatu teguh bercerai roboh” demi kebahagiaan kita semua.

Karangan Peribahasa

Nota

Peribahasa merangkumi simpulan bahasa, perumpamaan, pepatah dan bidalan.

Pelajar perlu memahami maksud peribahasa yang dikemukakan untuk menulis karangan jenis peribahasa ini.

Karangan jenis peribahasa ini boleh ditulis dalam bentuk huraian dan bentuk cerita.

Contoh dalam karangan atau peristiwa dalam cerita yang ditulis hendaklah berkaitan dengan peribahasa yang ditulis.

• Karangan jenis peribahasa atau cogan kata tidak memerlukan format penulisan.

•Karangan yang ditulis dalam bentuk huraian perlu mempunyai pendahuluan, isi dan kesimpulan.

• Karangan yang ditulis dalam bentuk cerita pula perlu terdiri daripada tentetan peristiwa seperti yang dihuraikan dalam karangan jenis cerita.

Karangan Jenis Perbincangan

Karangan jenis perbincangan adalah karangan yang tidak berformat. Karangan ini adalah:
i)                    Karangan yang agak mencabar
ii)                  Berhujah, mengkritik dan mempersoalkan hal-hal semasa.
iii)        Calon bebas mengemukakan pendapat sama ada bersetuju atau membangkang atau kedua-duanya sekali (memberi kebaikan dan keburukan).
iv)               Setiap hujah yang dikemukakan  hendaklah disertai dengan alasan yang munasabah.
v)                Definisi tajuk mestilah tepat dan menarik minat pembaca.

Ciri-ciri karangan perbincangan:
i)                    Tidak mempunyai format khusus .
ii)                  Tajuk selalu terbuka.
iii)                Membincangkan sesuatu topik yang khusus dan mencabar.
iv)                Memberikan hujah-hujah yang logik, tepat dan idea yang bernas.
v)                 Setiap hujah perlulah diterangkan atau dihuraikan dengan terperinci serta disokong dengan contoatau bukti-bukti untuk menguatkan hujah/ isi karangan.
vi)                Hujah atau fakta-fakta yang relevan.
vii)              Biasanya soalan perbincangan jelas kehendaknya, iaitu dengan kata kunci soalannya seperti “ Bincangkan…….”

CONTOH KARANGAN JENIS PERBINCANGAN
SOALAN

Harga barangan di pasaran semakin mahal dari semasa ke semasa. Bincangkan punca-punca kenaikan harga barangan tersebut.


KARANGAN LENGKAP

Isu kenaikan harga barangan bukanlah satu fenomena yang baru berlaku pada hari ini. Ia sudah lama berlaku disebabkan oleh peningkatan taraf kehidupan sesebuah masyarakat itu sendiri. Namun, terdapat juga punca-punca yang menyebabkan kenaikan harga barang ini berlaku.
Salah satu punca kenaikan harga barang ialah bencana alam. Bagi negara-negara yang membekalkan hasil-hasil bumi mereka seperti beras, bawang, buah-buahan dan sebagainya terpaksa menaikan harga penjualan yang mendadak naik khususnya apabila berlaku bencana alam seperti banjir, ribut petir, kemarau dan sebagainya. Sebagai contoh, apabila negara India dilanda banjir kilat harga bawang melonjak naik kerana pengeksportan bawang dari negara itu cukup terhad dan tidak dapat dimiliki oleh semua pengguna.
Selain daripada itu, kenaikan harga minyak juga tidak kurang memberikan impak yang besar dalam kenaikan harga barangan. Ini kerana setiap produk yang diimport memerlukan kos bayaran minyak bagi perkhidmatan penghantaran. Apabila harga minyak melonjak naik secara drastik, secara tidak langsung ia mempengaruhi harga barangan yang diimport tersebut apabila ia dipasarkan kelak. Sebagai contoh, isu yang berlaku baru-baru ini, harga barangan banyak melonjak naik secara mendadak akibat kenaikan harga minyak di pasaran dunia yang mencecah dua hingga tiga kali ganda daripada harga biasa.
Terdapat juga peniaga yang mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan secara berlebihan. Ini juga salah satu punca harga barangan naik. Hal ini berlaku kerana kurangnya pantauan yang dibuat oleh pihak berkuasa terhadap syarikat-syarikat serta gedung-gedung perniagaan baik yang besar mahupun perniagaan kecil di sesebuah negara tersebut. Apabila berlaku kelonggaran dari segi penguatkuasaan tersebut, tidak mustahil seseorang peniaga itu menaikan harga barangan di kedainya untuk mengaut keuntungan yang lebih.
Walaupun banyak perkara yang mempengaruhi kenaikan harga barang tersebut, namun hal ini masih boleh diatasi dengan adanya penguatkuasaan undang-undang yang ketat yang ditetapkan oleh Jabatan Ekonomi sesebuah negara tersebut. Selain daripada itu, pihak kerajaan sewajarnya memberikan subsidi kepada rakyatnya khususnya di negara-negara miskin. Dengan hal-hal yang sedemikian, saya percaya bahawa ia sekurang-kurangnya boleh mengurangkan masalah kenaikan harga barangan yang berlaku pada hari ini.

LATIHAN KARANGAN JENIS PERBINCANGAN


Sila perhatiakan video di bawah dan kaitkan dengan kehendak soalan


1)Pengekalan bangunan bersejarah harus diberikan perhatian yang serius di Malaysia kerana bangunan bersejarah mempunyai nilai budaya dan nilai keseniannya yang tersendiri. Selain itu, bangunan-bangunan ini mencirikan identiti negara dan merakamkan sejarah penting negara. Berikan pendapat anda tentang kepentingan mengekalkan bangunan bersejarah ini.




  2) Baru-baru ini beberapa kawasan di negara kita telah dilanda banjir kilat. Hal ini telah menimbulkan pelbagai masalah kepada penduduk di kawasan tersebut. Bincangkan tentang usaha-usaha yang wajar dilakukan untuk mengatasi banjir kilat tersebut.


Sunday, 4 December 2011

Karangan Jenis Pendapat

KARANGAN JENIS PENDAPAT


Ibu bapa memainkan peranan penting untuk mencorakkan masa depan seseorang. Pada pendapat anda, apakah peranan ibu bapa untuk membantu anak-anak mencapai kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran.


Ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam sesebuah keluarga. sebagai anak, seseorang itu memerlukan bantuan dan sokongan daripada ibu bapa untuk mencapai kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran. Dengan bantuan dan doa daripada ibu bapa, maka anak-anak mampu mencapai kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran. Tanggungjawab ibu bapa untuk mendidik anak-anak hingga mencapai kejayaan merupakan tugas yang amat berat dan tidak dapat dinafikan oleh sesiapa pun. oleh hal yang demikian, ibu bapa sentiasa memainkan pelbagai peranan untuk memastikan anak-anak cemerlang dalam pelajaran.

       Salah satu peranan yang dapat dimainkan oleh ibu bapa untuk membantu anak-anak mencapai kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran ilah membesarkan anak-anak dalam suasana yang harmoni dan ceria. Keharmonian dan keceriaan menjamin anak-anak membesar dengan selamat dan sihat. Hal ini demikian kerana kehidupan yang bahagia akan membebaskan anak-anak daripada masalah keluarga seperti pertelingkahan antara ibu bapa dan apa-apa jua masalah yang dapat mengganggu keharmonia dan kesejahteraan keluarga. Melalui cara ini, anak-anak dapat menumpukan perhatian yang sepenuhnya dalam pelajaran mereka kerana tidak dibebani tekanan yang berat.  Dalam hal ini, anak-anak akan dapat berusaha dengan bersungguh-sungguh tanpa gangguan dalam pelajaran mereka kerana mereka hidup dalam keadaan gembira dan seronok [ada setiap hari. tegasnya ibu bapa bertanggungjawab memastikan anak-anak membesar dalam suasana yang harmoni dan ceria sepanjang masa bagi mencapai kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran.

       Selain itu, ibu baoa juga mestilah bertanggungjawab mengawasi perkembangan dan pergaulan anak-anak mereka dengan rakan sebaya. Pergaulan anak-anak dengan rakan sebaya memberikan pengaruh yang besar dalam kehidupan harian dan masa depan anak-anak. Hal ini demikian kerana anak-anak lebih mudah dipengaruhi oleh rakan sebaya dalam segala tindakan atau kelakuan. Dalam kebanyakan keadaan, anak-anak lebih mempercayai dan meyakini kawan daripada ibu bapa sehingga mereka sukar untuk membezakan perkara baik dengan perkara yang buruk. Apabila anak-anak bergaul dengan rakan bermasalah, seperti ponteng sekolah, menghisap rokok, dan sebagainya, mereka akan mengikut jejak rakan sebaya mereka itu dan lama-kelamaain mereka tidak berminat untuk belajar. Untuk menangani hal ini, ibu bapa mestilah mengenali latar belakang setiap rakan sebaya anak mereka dan mengenal pasti perubahan yang berlaku kepada anak-anak mereka pada setiap masa. Melalui cara ini, ibu bapa akan dapat menangani sesuatu perkara yang melanda anak mereka lebih awal, bak kata pepatah " beringat sebelum kena, berjimat sebelum habis."

       Seterusnya, ibu bapa haruslah memastikan anak-anak mereka mendapat pendidikan agama dan moral yang cukup. Pendidikan agama dan moral ini perlu diberikan kepada anak-anak sejak kecil lagi. Hal ini bertepatan dengan tuntutan pepatah yang menyatakan " melentur buluh biarlah daripada rebungnya." Seruan ini memang betul kerana lazimnya anak-anak sukar dibentuk dan diperbetul setelah mereka melewati usia kanak-kanak. Apatah lagi, seperti kata bijak pandai, anak-anak itu diibaratkan kain putih, jadi ibu bapalah yang bertanggungjawab untuk mencorakkannya. Jika anak-anak tidak dibentengi dengan pendidikan agama dan moral sejak kecil, mereka dengan mudah akan dibanjiri pelbagai bentuk kejahatan yang akan merosakkan diri mereka. Pendidikan agama dan moral yang baik membolehkan anak-anak menapis dan menepis segala bentuk kemungkaran dan hal ini membantu mereka memperoleh kejayaan dalam pelajaran dengan cemerlang.

       Di samping itu, ibu bapa juga hendaklah berbincang dan bertukar-tukar pendapat dengan anak-anak tentang sesuatu perkara atau masalah yang timbul. Ibu bapa juga mestilah sentiasa mengambil berat terhadap masalah  yang dihadapi anak-anak dan tidak menjadikan kesibukan bekerja sebagai alasan untuk menjauhi anak-anak. Yang lebih penting, ibu bapa mestilah bersedia untuk menjadi pendengar yang baik kepada anak-anak. Kesedihan anak-anak mestilah dikongsi bersama supaya segala masalah yang ditanggung mereka tidak terperap dan membengkak di dalam hati mereka. Biasanya, anak-anak yang memendam perasaan tidak dapat menumpukan perhatian mereka dalam pelajaran, dan dengan demikian menjadi salah seorang yang tercicir dalam pelajaran. Natijahnya, komunikasi dua hala dan perbincangan antara ibu bapa dengan anak-anak dapat melorongkan mereka ke gerbang kejayaan.

       Sebagai kesimpulannya, ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam membantu kejayaan anak-anak. Ibu bapa hendaklah bertanggungjawab terhadap masa depan anak-anak sebelum nasi menjadi bubur. Sekiranya anak-anak terjebak dalam masalah sosial, keadaan akan menajdi semakin serius dan sukar untuk diselamatkan. jika ibu bapa kurang memberikan perhatian terhadap masa depan anak-anak, mereka sangat sukar untuk mencapai kejayaan. Oleh itu, ibu bapa bapa memainkan peranan yang besar dalam mencorakkan masa depan anak-anak, khususnya untuk mencapai kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran.